Seksyen ini menyediakan panduan untuk mencipta dan menghantar permohonan pembaharuan lesen secara online.

 

 

1) Pada menu navigasi, klik pada butang Menu Utama. Pada Tab menu Utama, klik pada ikon Pembaharuan Lesen

 

2) Pilih Nombor Lesen yang ingin diperbaharui dari senarai dan klik butang OK

3) Pada sub tab Katagori/Aktiviti, semak maklumat dan sahkan tempoh lesen yang ingin diperbaharui dan klik butang Seterusnya

 

4) Pada sub tab Butiran permohonan, isikan maklumat pembaharuan yang dikehendaki dan klik butang seterusnya

5) Pada sub tab Bayaran dan Hantar, pilih mode pembayaran dan klik butang Proses (untuk FPX) atau Hantar dan Bayar (Untuk Tunai di CDM)

 

Pilihan Mod Pembayaran:

a. FPX/Internet Banking (*Terkini)

Sila rujuk langkah-langkah melaksanakan pembayaran secara atas talian FPX ini di seksyen Pembayaran Online FPX

 

b. Tunai di mana-mana mesin deposit wang CIMB sahaja.

 

6) Klik butang OK pada mesej makluman Permohonan telah berjaya dihantar

 

7) Halaman cetakan Slip Penerimaan Permohonan akan dipaparkan. Anda boleh mencetak slip ini untuk dibawa sebagai rujukan semasa membuat pembayaran.