Untuk mula menggunakan perkhidmatan permohonan online yang ditawarkan oleh MyLesen, untuk pertama kali pemohon perlu terlebih dahulu mendaftarkan maklumat syarikat pemohon bagi mendapatkan akses ID Pengguna dan Katalaluan yang sah untuk mula menggunakan sistem.

Bagi pelesen sedia ada yang ingin menggunakan ID Pengguna dan katalaluan Sistem e-Pelesenan lama, anda masih dibenarkan untuk menggunapakai semula ID Pengguna atau Nombor Lesen yang digunapakai sebelum ini.

Setelah mendaftar, pemohon boleh menggunakan akaun ID Pengguna tersebut untuk menggunakan perkhidmatan online yang disediakan oleh MyLesen seperti membuat serahan permohonan, menyemak status permohonan, membuat pembayaran online dan sebagainya.

Sekiranya permohon terlupa kata laluan, pemohon boleh klik kepada butang Lupa Kata Laluan dan Sistem akan mengirimkan email yang mengandungi katalaluan Akaun ID tersebut;

1.Klik pada butang sini untuk Daftar Baru di halaman login Sistem MyLesen MPOB.

2. Isi dan lengkapkan butiran pemohon seperti yang disediakan pada borang pendafataran seperti yang dipaparkan berikut.

3. Sebagai makluman, pemohon adalah diwajibkan untuk klik pada kotak yang disediakan seperti dibawah bagi mengisytiharkan telah membaca dan bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MPOB.

4. Akhir sekali klik pada butang Daftar Masuk untuk menghantar permohonan pendaftaran akaun baru ini

5. Klik pada butang Teruskan Permohonan pada mesej pengesahan yang dipaparkan seperti berikut

6. Akaun ID pemohon baru akan diwujudkan dan pemohon akan secara otomatik dilog masukkan ke sistem untuk memulakan sesi penghantaran permohonan.

7. e-mail pemberitahuan akan dikirimkan kepada alamat e-mail yang diisi oleh pemohon.