Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005

Aktiviti yang dilesenkan di bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005 atau singkatan PPLMSM(P)2005.

a)Menghasilkan bahan tanaman kelapa sawit

b)Menjual dan mengalih bahan tanaman kelapa sawit, buah kelapa sawit, minyak sawit, isirung sawit, asid lemak sawit atau oleokimia sawit

c)Membeli buah kelapa sawit, minyak sawit, isirung sawit atau asid lemak sawit;

d)Menyimpan bahan tanaman kelapa sawit, minyak sawit, isirung sawit, bungkil isirung sawit, asid lemak sawit atau oleokimia sawit

e)Memulakan pembinaan kilang buah kelapa sawit

f)Mengilang buah kelapa sawit;

g)Memulakan pembinaan kemudahan simpanan pukal bagi keluaran kelapa sawit

h)Mengukur atau menguji bahan tanaman kelapa sawit, buah kelapa sawit, minyak sawit, isirung sawit, bungkil isirung sawit, asid lemak sawit atau oleokimia sawit

i)Mengeksport atau mengimport bahan tanaman kelapa sawit, buah kelapa sawit, minyak sawit, isirung sawit, bungkil isirung sawit, asid lemak sawit atau oleokimia sawit

 

Kod dan Aktiviti Lesen

 

KOD

AKTIVITI LESEN

01

Menghasil

02

Menjual dan Mengalih

03

Membeli dan Mengalih

04

Menyimpan

05

Memulakan Pembinaan Kemudahan Simpanan Pukal

06

Mengilang Buah Kelapa Sawit

07

Memulakan Pembinaan Kilang Buah Kelapa Sawit

08

Mengukur

09

Menguji

10

Mengeksport

11

Mengimport

12

Mengalih