Sistem MyLesen kini telah dilengkapi dengan fungsi integrasi data secara langsung dengan perkhidmatan SSM e-Info ini bagi membolehkan maklumat terkini data-data pendaftaran syarikat dibeli dan dimuat turun dari pangkalan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM.

Tujuan utama fungsi integrasi data ini diadakan adalah bagi memastikan pihak MPOB menerima maklumat-maklumat pendaftaran dan profil syarikat adalah yang sah, tepat dan terkini yang diambil secara terus dari pangkalan data SSM e-Info.

 

SSM e-Info Services adalah Perkhidmatan Atas Talian yang menyediakan perkhidmatan pencarian dan pembelian maklumat  Pendaftaran Profil Syarikat (ROC) dan Profil Perniagaan (ROB).

 

Siapakah yang perlu membuat pembelian Dokumen SSM?

 

Hanya pemohon yang mempunyai jenis-jenis entiti perniagaan berikut sahaja yang akan terlibat di dalam integrasi dan pembelian maklumat-maklumat SSM

 

a. Profil Syarikat (ROC)

- Sendirian Berhad

- Berhad

 

b. Profil Perniagaan (ROB) kecuali Sabah dan Sarawak

- Perkongsian

- Kepunyaan Tunggal

 

SSMA

 

Berapa Bayaran yang dikenakan?

 

Setiap pembelian maklumat SSM ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM15.00 seperti berikut:

 

RM10.00 + RM5.00 (Fi Perkhidmatan oleh Penyedia Perkhidmatan)


 

 

SSM e-Info

 

 

Kaedah Pembayaran?

 

Pembayaran dibuat menerusi dua kaedah berikut:

 

a. Prepaid

- Pemohon perlu mempunyai e-Akaun yang sah dan baki yang mencukupi

- Klik Sini untuk mendaftar e-Akaun baru

 

b. Credit Card

- Pembayaran menggunakan kad kredit Master atau Visa

 

Apakah yang terjadi sekiranya Pembelian Dokumen SSM ini tidak dilaksanakan?