Maklumat Yang Diintegrasi dengan SSM

Seksyen ini menyediakan penerangan berhubung dengan maklumat-maklumat yang akan diintegrasi daripada SSM.  

 

Pemohon-pemohon yang terlibat akan mendapati maklumat-maklumat berikut akan dimasukkan secara otomatik sekiranya pembelian dokumen SSM telah dilaksanakan:

 

 

1) Senarai Semak

Setelah pembelian Dokumen SSM dilaksanakan, kotak senarai semak dokumen yang berkaitan dengan pendaftaran syarikat akan secara otomatik ditandakan.

 

2) Butiran Permohonan

   Maklumat-maklumat tertentu pada Bahagian A dan B akan dimasukkan secara otomatik ke dalam borang tanpa perlu diisikan semula. Maklumat-maklumat ini tidak boleh dipinda. Dan sekiranya terdapat sebarang pertukaran, pemohon perlu berhubung dengan pejabat SSM untuk mengemaskini maklumat pendaftaran syarikat

 

 

3) e-Fail Permohonan

Pada e-Fail permohonan yang dihantar akan dimasukkan secara automatik dokumen SSM yang telah dibeli