Penyerahan Secara Atas talian
Seksyen ini menerangkan secara ringkas kaedah dan syarat permohonan secara atas talian (online).
|
❑Akses Portal Pemohon/Pelesen MyLesen menerusi URL http://e-lesen.mpob.gov.my/ ❑Daftar (bagi kali pertama menggunakan MyLesen) untuk mendapatkan Login ID dan kata laluan Catatan: Pelesen sedia ada juga boleh menggunakan Login ID yang digunakan pada sistem lama atau No. Lesen. Sila berhubung dengan kakitangan MPOB sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berhubung dengan Login ID dan No. Lesen terdahulu ini.
|
Sekiranya pemohon menghadapi pelbagai masalah akses ke Portal Pemohon MyLesen (cth: masalah pada rangkaian Internet), pemohon boleh datang ke Pejabat-pejabat cawangan MPOB berhampiran untuk menggunakan stesyen-stesyen kerja Kiosk yang disediakan untuk memulai atau menyambung sesi penyerahan permohonan. Sila berhubung dengan petugas di kaunter untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Format dokumen digital yang dibenarkan hanya dalam format PDF. Dan adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk memastikan dokumen-dokumen yang ingin diupload adalah benar-benar sah (tidak mengandungi virus, trojan dsbnya) dan pastikan orientasi dan kedudukan dokumen telah dibetulkan terlebih dahulu.