Transaksi Pembayaran Online

Transaksi Pembayaran Online menyediakan fungsi untuk pemohon/pelesen menyemak dan memaparkan senarai sejarah transaksi-transaksi pembayaran online (Online Payment) yang telah dilaksanakan.

Di tab ini pemohon/pelesen boleh menyemak status sama ada transaksi pembayaran online yang dilaksanakan berjaya atau sebaliknya. Order Number dan Transaction ID ini boleh digunakan oleh pemohon/pelesen untuk membuat semakan susulan dengan pihak Bank sekiranya terdapat sebarang isu berkaitan transaksi pembayaran online yang dibuat.

 

 

Butang Refresh Status disediakan untuk kegunaan pemohon/pelesen mengemaskini status transaksi pembayaran sekiranya terdapat sebarang isu terhadap transaksi pembayaran yang dilaksanakan.

Contoh penggunaan pada senario-senario seperti berikut:

1. Masalah hubungan rangkaian internet semasa proses pembayaran. Pemohon/pelesen mendapati amaun bayaran telah ditolak dari akaun bank namun status pembayaran dipaparkan sebagai tidak berjaya

2. Pemohon/pelesen secara tidak sengaja menutup tetingkap pembayaran online yang mengakibatkan proses transaksi pembayaran online terjejas dan tidak dapat dilengkapkan