Seksyen ini menyediakan panduan untuk mencipta dan menghantar permohonan baru secara online.
1) Pada menu navigasi, klik pada butang Menu Utama. Pada Tab menu Utama, klik pada ikon Permohonan Baru
2) Pada Tab Permohonan Lesen Baru, di sub tab Kategori tandakan pada kotak aktiviti-aktiviti dan Poduk keluaran kelapa Sawit yang dikehendaki dan apabila selesai klik pada butang Seterusnya.
3) Sila semak dan pastikan jumlah fi yang dipaparkan pada ruangan di bawah borang pilihan kategori/aktiviti ini adalah tepat
4) Klik butang Seterusnya untuk meneruskan ke langkah seterusnya untuk mengisikan borang senarai semak
5) Klik butang Seterusnya untuk meneruskan ke langkah seterusnya untuk mengisikan borang senarai semak
Catatan:
Untuk memuatnaik lebih dari satu dokumen, sila tekan kekunci Shift (tanpa dilepaskan) dan pilih nama fail yang dikehendaki. Anda haruslah meletakkan semua dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan secara pukal ini di dalam folder yang sama terlebih dahulu.
6) Klik butang Seterusnya untuk meneruskan ke langkah seterusnya untuk mengisikan Borang Butiran Permohonan
Setelah selesai mengisikan maklumat-maklumat pada Butiran permohonan, klik butang Seterusnya untuk meneruskan ke langkah seterusnya
7) Pada tab Bayaran dan Hantar, pilih tempoh dan mod Pembayaran yang dikehendaki.
Pilihan Mod Pembayaran:
a. FPX/Internet Banking (*Terkini)
Sila rujuk langkah-langkah melaksanakan pembayaran secara atas talian FPX ini di seksyen Pembayaran Online FPX
b. Tunai di mana-mana mesin deposit wang CIMB sahaja.
8) Klik pada butang Hantar dan Bayar untuk menghantar permohonan ini dan klik OK pada mesej yang dipaparkan berikut
9) Anda seterusnya boleh mencetak salinan Slip Akuan Penerimaan Permohonan anda pada halaman seperti berikut.
Catatan:
Sila semak email pemberitahuan status dan juga Mesej yang akan dihantar dari masa ke semasa oleh sistem.