Panduan Melaksanakan Pembayaran Secara e-Payment (FPX)

Seksyen ini menyediakan panduan dan langkah untuk melaksanakan proses pembayaran secara e-Payment menerusi gerbang pembayaran FPX.

 

1)Klik pada butang radio FPX/Internet Banking, masukkan Nama Bank dan No Akaun Syarikat untuk tujuan pemulangan bayaran. Klik butang Proses untuk memulakan proses pembayaran secara Online FPX ini.

2)Pelayar Internet anda akan melancarkan satu tetingkap baru ke halaman Sistem Pembayaran Elektonik FPX seperti berikut. Sila klik pada menu drop down untuk memilih nama Bank yang anda kehendaki

3)Nama Bank yang dipilih akan dipaparkan. Klik pada butang Agree and Process.

4)Bergantung kepada nama Bank yang dipilih, tetingkap Sistem Perbankan Elektronik bank anda akan dipaparkan. Panduan ini menggunakan contoh Bank Maybank menerusi perkhidmatan perbankan elektronik Maybank2u.com. Pada halaman Log Masuk ini masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang tepat.

 

5)Sebaik sahaja Log Masuk anda berjaya, sila laksanakan penjanaan No TAC Keselamatan yang akan dihantar ke telefon bimbit anda. Dan masukkan No TAC tersebut di ruangan No TAC yang disediakan dan klik butang Confirm untuk meneruskan transaksi

6)Halaman berikutnya akan memaparkan keputusan transaksi pembayaran yang anda telah berjaya laksanakan.

PERINGATAN!!! PASTIKAN ANDA TIDAK MENUTUP TETINGKAP PEMBAYARAN INI dan Anda mesti Klik pada butang "Continue with Transaction" untuk membolehkan status transaksi pembayaran anda dikemaskini pada sistem MyLESEN. Sekiranya tetingkap ini ditutup secara sengaja atau tidak sengaja, transaksi pembayaran Online ini akan menjadi tidak lengkap dan anda harus berhubung dengan pihak MPOB untuk menyelesaikan isu pembayaran ini.

Catatan: Adalah menjadi amalan yang terbaik sekiranya anda mencetak dan menyimpan salinan Slip Pembayaran yang dijanakan oleh pihak bank untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.

 

7)Pada halaman berikutnya akan memaparkan sesi log keluar dari sistem perbankan elektronik, anda perlu klik pada butang Return to FPX untuk membolehkan rekod pembayaran ini dikemaskini ke sistem MyLESEN.

    PERINGATAN!!! PASTIKAN ANDA JUGA TIDAK MENUTUP TETINGKAP PEMBAYARAN INI TANPA KLIK BUTANG RETURN TO FPX

8)Sebaik sahaja butang Return to FPX diklik, tetingkap halaman pembayaran Online bank anda akan ditutup secara automatik dan akan kembali ke tetingkap sistem MyLESEN yang akan memaparkan slip Resit rasmi pembayaran yang anda telah berjaya laksanakan.

TAHNIAH..dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar ke MPOB untuk diproses.

9)Dari masa ke semasa anda boleh menyemak Transaksi Pembayaran Online di menu Transaksi Pembayaran Online