Seksyen ini menyediakan panduan untuk mencipta dan menghantar permohonan Tambahan Aktiviti/Produk secara online.
1) Pada menu navigasi, klik pada butang Menu Utama. Pada Tab menu Utama, klik pada ikon Tambahan Aktiviti/Produk
2) Pilih Nombor lesen yang ingin ditambah aktiviti dan atau produk dan klik OK.
3) Pada halaman sub tab Aktiviti/Produk, pilih aktiviti dan atau produk yang ingin dibuat penambahan (bergantung kepada kombinasi yang dibenarkan sahaja). Setelah selesai, klik pada butang Seterusnya.
4) Pada halaman sub tab Senarai Semak, sila tandakan pada ruangan checkbox pematuhan bagi tambahan aktiviti dan produk yang ingin dimohon dan klik butang Choose File untuk memuatnaik dokumen-dokumen yang berkaitan. Setelah selesai, klik pada butang Seterusnya.
5) Pada halaman sub tab Butiran Permohonan, isikan maklumat-maklumat pindaan yang diperlukan pada borang yang disediakan. Apabila selesai klik pada butang Seterusnya
5) Pada halaman sub tab Bayaran dan Hantar, semak jumlah fi yang dikenakan dan pilih mod pembayaran yang dikehendaki. Apabila selesai klik pada butang Proses (untuk FPX) atau Hantar dan Bayar (Untuk Tunai di CDM)
Pilihan Mod Pembayaran:
a. FPX/Internet Banking (*Terkini)
Sila rujuk langkah-langkah melaksanakan pembayaran secara atas talian FPX ini di seksyen Pembayaran Online FPX
b. Tunai di mana-mana mesin deposit wang CIMB sahaja.
6) Klik butang OK pada mesej makluman Permohonan telah berjaya dihantar
7) Halaman cetakan Slip Penerimaan Permohonan akan dipaparkan. Anda boleh mencetak slip ini untuk dibawa sebagai rujukan semasa membuat pembayaran.